Indahnya Ciptaan Allah

Indahnya Ciptaan Allah
" Keindahan alam di Btg.Air Lubok Antu menggamit suasana yang tenang "

Monday, December 1, 2008

" NGIGO..... "

Cerita atau cakap-cakap nak tubuh kerajaan di bawah pakatan rakyat menjadi bualan dan omongan si Tok Dalang dalam wayang kulit..Lepas 16 september 2008 tak jadi ni nak buat kejutan pulak cakap kononnya menjadi Sarawak sebagai tempat untuk membangkitkan semula angan-angan yang tak sudah...ni anak Sarawak nak cakap...sudah-sudahlah nak MENIPU DAN KEPADA PKR JANGAN NAK BUAT ONAR KAT SARAWAK...AMARAN KERAS...kamek orang dah paham gilak perange kitak orang yang hanya mauk ambik kesempatan ...apa kitak orang pk kitak orang pandey gilak merintah ka....bukan sik tauk sapa nuar ya....eksen jak pandey...padah nak tolong rakyat bumiputera...tangga kitak orang apa jadi dengan Selangor...hasil diperintah oleh orang pandey gilak lah ya jadi cam ya..Sik lamak gik alu abis hak kita dijual daknya dengan dak DAP ya...sekutu nuar dengan khalid ibrahim.. Eboh nak ngaja kamek orang di sarawak tok cam ney nak merintah.. pandey kamek orang jaga negeri kamek orang pun...kamek oramng di sitok nolak perkauman....jangan NGASUT ORANG SARAWAK....KEPADA NUAR NGAN KUNCU-KUNCU KO...PADAH SEMUA JANGAN NAK NGESO PANDEY...LU PK LA SENDIRI...

Monday, November 3, 2008

LU PK LA SENDIRI.......

LOW SIEW MOI....Seorang pegawai kanan bahagian kewangan dilantik sebagai pemangku Pengurus PKNS yang dilantik oleh MB Selangor.Kebiasaannya.. diucapkan tahniah atas perlantikan sebagai Pemangku Pengurus PKNS kepada LOW SIEW MOI..Jadi kepada warga PKNS dan warga Selangor apa masalahnya.......Sapa yang pilih MB Selangor ni sehingga dia jadi MB Selangor...Warga dan rakyat Selangor jugak yang pilih.....tak kate semua la.....ada juge yang tak pilih die tu....Jadi.. nak tunggu PKNS dan Warga Melayu Selangor berubah masa depannya..kenalah tunggu 5 tahun akan datang...dalam 5 tahun ni tak tahulah pulak apa akan berlaku....jangan marah ee....nanti kena jual..dah sikit-sikit kena jual dah pun.....JAGALAH AGAMA , BANGSA DAN TANAHAIR ...LU PK LA SENDIRI.....

BULI & BULI BALIK ( AFDLIN SHAUKI ) VS BULI ( BEGINDA MINDA )

Filem BULI & BULI BALIK arahan Afdlin Shauki ..WOW.... mendapat kutipan tiket yang agak lumayan...Ramai peminat - peminat filem ataupun kaki wayang menonton cerita BULI & BULI BALIK sebuah Filem arahan Afdlin Shauki yang dilakonkan disekitar Kuala Lumpur.La NI/sekarang ni/kenek tok...ada cerita terbaru arahan BEGINDA MINDA yang bertajuk PBB BULI....wah...BOX OFFICE.....Cerita ni di buat kat PORTAL MALAYSIA KINI dan ditayangkan keseluruh negara tetapi khusus ditonton dan dilihat oleh ahli PBB.....BENARKAH DAKWAAN PENULIS SKRIP PBB BULI BEGINDA MINDA NI.......Nampaknya minda saudara Beginda ni telah melangkaui minda dan pemikiran AHLI PRS yang lain sehingga Presiden PRS Dato Seri James Jemut Masing menganggap tindakan Beginda ni bukan mewakili PRS dan keterlaluan..Beginda di arah untuk memberi surat tunjuk sebab sekiranya gagal berbuat demikian Beginda bakal diLUCUT keahlian daripada PRS.Syabas Dato Seri James Jemut Masing...Sebagai Presiden PRS sebuah parti komponen BN di Sarawak tindakan Dato Seri amat tepat sekali bagi terus menjaga dan mengekalkan keharmonian di Sarawak.Jangan kerana SETITIK NILA ROSAK SUSU SEBELANGA....Ah.. Lu PK La sendiri.....

OBAMA........ O...SAMA

Siapakah yang bakal menerajui Rumah Putih akan diketahui tidak lama lagi.Barrack Obama atau pun John Mc Cain...kita tunggu dan lihat..namun angin Obama lebih kuat berbanding angin John Mc cain untuk menolak Obama sebagai pemilik dan peneraju " RUMAH PUTIH "..Itu bukan isu yang nak diwar-warkan...yang nak diwar-warkan dan dicanangkan IALAH siapa-siapa pun yang bakal menduduki "RUMAH PUTIH " adakah ISU RAKYAT PALESTIN AKAN SELESAI.....?????Sudah berdekad lamanya masalah Palestin masih belum selesai...Penderitaan Rakyat Palestin belum ada penyudahnya...Bilakah agaknya Rakyat Palestin akan bebas dan MERDEKA dari CENGKAMAN ZIONIS..????..ADAKAH OBAMA..... O..SAMA SAHAJA TIDAK ADA BEZANYA DENGAN PRESIDEN US YANG LAIN yang terpaksa akur dan mengikut telunjuk rejim ZIONIS.....Kita tunggu dan lihat....Obama tunjukkan kreadibiliti sebagai Presiden US yang tidak mengikut telunjuk ZIONIS....

DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK MENANG TANPA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO

TAHNIAH....TAHNIAH DIUCAPKAN KEATAS YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK ATAS KEMENANGAN TANPA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA.KAMI RAKYAT MALAYSIA MENDOAKAN AGAR YAB DATO SERI TERUS DIBERI KEKUATAN DAN BIMBINGAN UNTUK TERUS BERJUANG DEMI UNTUK MEMPERTAHANKAN " AGAMA , BANGSA DAN TANAHAIR " .

BEGINDA VS RAZAK BAGINDA

Sudah pasti keputusan mahkamah melepaskan pertuduhan kes pembunuhan Altantuya Sharibu terhadap Razak Baginda amat melegakan ahli keluarga dan sanak saudaranya.Alhamdulillah...Itulah kenyataan yang disuarakan oleh Razak Baginda sejurus keluar dari mahkamah.Ada pulak satu kenyataan dalam PORTAL Malaysia KINI kenyataan oleh BEGINDA MINDA......Bekas Ketua Penerangan PRS ni minta YAB Pehin Sri Ketua Menteri dan Tim. Ketua Menteri Alfred Jabu letak jawatan..ni apa pulak ni....aku tak heran lah kalau si Beginda ni dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...AMARAN KERAS ....JANGAN PORAK PERANDAKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT SARAWAK...Kepada Si BEGINDA....JANGAN BENARKAN DIRI ANDA DIJADIKAN SEBAGAI ALAT UNTUK KEPENTINGAN PIHAK TERTENTU... KAMI RAKYAT SARAWAK TIDAK MAHU DAN MENOLAK POLITIK HASUT MENGHASUT DAN MEMBURUKKAN PEMIMPIN...

Bajet 2009 Negeri Sarawak Tumpu Pembangunan

Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Kewangan Sarawak pada Jumaat ini akan memberi penekanan dan tumpuan kepada pembangunan.70% peruntukan dalam bajet 2009 adalah untuk pelbagai pembangunan di seluruh negeri ini.Syabas atas keprihatinan kerajaan untuk memberi perhatian dan keutamaan untuk pembangunan.Rakyat Sarawak amat berharap agar bajet pada kali ini akan melimpah kesemua peringkat baik bandar mahupun luar bandar.Penduduk di luar bandar terutamanya amat berharap agar kemudahan asas dan infrastruktur akan disegerakan dan diberi perhatian.Keyakinan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan BN di bawah YAB Pehin Sri tidak berbelah bagi dengan memberi mandat yang besar kepada BN untuk menerajui Sarawak agar terus maju setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Limpahan bajet ini terutamanya untuk memperbaiki kemudahan di luar bandar amat diperlukan oleh rakyat luar bandar agar penduduk luar bandar tidak terlepas dari menikmati arus pembangunan dalam era globalisasi.Sekali lagi Syabas dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan untuk membela nasib rakyat Sarawak...Didoakan semoga YAB Pehin Sri terus diberi kekuatan dan perlindungan dari ALLAH SWT. Amin...

RAZAK BAGINDA

Keputusan mahkamah telah memutuskan bahawa Razak Baginda terlepas dari pendakwaan berhubung dengan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibu.Keputusan tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya DSAI.DSAI kata keputusan tersebut tidak telus dan tepat.Razak Baginda yang dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri dibebaskan daripada tuduhan tersebut manakala sirul dan azilah diarah untuk membela diri.Pada saya keputusan mahkamah dah pun diputuskan dan kita harus menghormati keputusan mahkamah.ADAKAH BILA KEPUTUSAN TIDAK BERPIHAK KEPADA DSAI MAHKAMAH DAN HAKIM DIKATAKAN TIDAK JUJUR DAN TELUS.....BILA MAHKAMAH DAN HAKIM BERPIHAK KEPADA DSAI MAHKAMAH DAN HAKIM BARULAH AKAN DIANGGAP PEMBELA DAN TELUS.....Ah..lu pk la sendiri.....

Thursday, October 23, 2008

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Nak respon sikit berkaitan dengan tuntutan HINDRAF HARAM ni berkaitan dengan pasport si P.Waytha Moorthy yang melancong/pergi/LARI ke LONDON..Setahu aku pihak KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI dan pihak kedutaan belum lagi membatalkan pasport si waytha moorthy ni....ni apa pulak ada cerita yang posport dia ni kena batal...kalau kena batal bayangkan dia kat LONDON tu macam mana.....BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN DI BUMI LONDON.......AKU PK LA bagus juga dia kat LONDON dapat sambut Deepavali kat LONDON sebab RAKYAT MALAYSIA yang berketurunan INDIA kat Malaysia ni TAK NAK SI WAYTHA MOORTHY NI BALIK KE MALAYSIA LAGI...Dia ni tak de kerja lain nak menghuru harakan negara kerjanya....Jadi sempena DEEPAVALI yang bakal menjelang tiba SAYA DAN RAKYAT MALAYSIA DARI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT BAIKNYA MELAYU,CINA,INDIA,BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI DEEPAVALI KEPADA SEMUA YANG MERAIKAN DEEPAVALI TERMASUKLAH KEPADA HINDRAF....SUDAH-SUDAHLAH DIPERGUNAKAN OLEH PIHAK TERTENTU YANG HANYA BERKEPENTINGAN PERIBADI YANG MENJADIKAN HINDRAF SEBAGAI BAHAN UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN..HAPPY DEEPAVALI....VAANAKAM...


lupklasendiri)

LAGI-LAGI HINDRAF.....

HINDRAF....HINDRAF.....HINDRAF....,Setahu aku lah Menteri Keselamatan Dalam Negeri dah maklumkan bahawa HINDRAF ni pertubuhan yang tidak sah.Tengok-tengok semalam ada lagi si HINDRAF ni siap boleh pergi ke Parlimen pulak tu nak bagi memorendum kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat....ni apa ni...........mana penguatkuasaan POLIS....nampak macam ada double standard pulak....kalau dia orang boleh si HINDRAF ni boleh buat tak mustahil lepas ni akan ada kumpulan-kumpulan lain akan buat perkara yang sama sebab tiada tindakan yang diambil...sepatutnya...bukan nak mengajar tapi apa yang sepatutnya angkut masuk black maria / trak Polis 11 orang tu yang berkumpul di Parlimen.Bawa ke balai...Kepada si HINDRAF jangan nak tunjuk kurang AJAR kat bumi MALAYSIA yang bertuah ni....Pengerusi engkau orang lari kat LONDON entah-entah goyang kaki joli kau orang sibuk-sibuk na tolong dia tu....Jangan diBODOHKAN sudahlah....Hah...LU PK LA SENDIRI

lupklasendiri)

Friday, October 17, 2008

DAULAT TUANKU....

Daulat Tuanku...Ampun Tuanku Beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun.Patik ingin merakamkan jutaan tahniah kepada semua ahli Majlis Raja-Raja atas kejayaan dan kesempurnaan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Istana Maziah Terengganu.Patik amat menyokong dan bersetuju atas beberapa perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut yang antaranya mengingatkan sekalian rakyat jangan mempertikaikan kontrak sosial yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.Selain dari itu juga ingatan dan pesanan Duli-Duli Tuanku berhubung dengan perlunya semua Rakyat Melayu mengukuhkan perpaduan dan kesatuan demi untuk menjamin keutuhan bangsa terus terbela.Segala persengketaan akan merugikan agama , bangsa dan negara.Patik dan sekalian rakyat akan terus berdiri teguh untuk terus mendokong agar kelangsungan Raja Berpelembagaan terus menjadi asas kepada pembentukan negara Malaysia yang berjaya,aman dan makmur di bawah kepimpinan Duli-Duli Tuanku.DAULAT TUANKU.....


lupklasendiri)

Thursday, October 16, 2008

SAMSENG DEWAN RAKYAT???

Sidang Dewan Rakyat tak lepas-lepas dengan bermacam-macam insiden tuduh menuduh,maki hamun,kutuk mengutuk dan bermacam lagi lah perangai kat dalam tu...syabas RTM buat siaran langsung kat TV,Nak bagi cadangan kalau dapat ada satu siaran / Channel khas kat TV hanya untuk menyiarkan sidang Dewan Rakyat.Lim Kit Siang kata Tiong King Sing Samseng Bintulu...ni nak bagi tahu kalau tak kerana Datuk Seri Tiong King Sing yang mendedahkan ramai anggota kumpulan samseng kat Sarawak perlu ditangani segera...Nak tahu apa yang berlaku lepas tu...pendek kata satu Bukit Aman turun KE SARAWAK...Salah sorang ahli kumpulan samseng kat Sarawak yang dikehendaki Polis masih dalam perbicaraan dan dalam tahanan Lee Loong(nama glamour).aku setuju sangat lah kalau Lim Kit Siang kata Tiong king Sing samseng TETAPI SAMSENG NYA DALAM DEWAN RAKYAT UNTUK MEMBELA NASIB,KEBAJIKAN,KESELAMATAN RAKYAT.Satu Bintulu puji tindakan Datuk Seri Tiong King Sing ni....Penjual getah dapat menjual getah dengan harga yang baik dan tak ada rasa takut lagi bukan didalangi oleh Samseng lagi....yang samseng aku rasa si Lim Kit Siang lah tu.....entah apa-apa..Tak de kerja lain nak menghasut memang objektif utama dia orang ni...ah....LU PK LA SENDIRI
< href="http://lupklasendiri-yus.blogspot.com/">lupklasendiri)

Hindraf HARAM LAGI MENGHARAMKAN

Aku setuju bangat dengan pengharaman HINDRAF ni......memang patut pun diharamkan kerana ternyata jelas terang lagi bersuluh HINDRAF haram lagi mengharamkan.Aku nak bagi tambah sedikit sebagai cadangan....buang kerakyatan pemimpin Hindraf ni dan suruh dia orang ni carik negara yang dia orang suka nak duduk...tak pun balik India tu pun kalau orang kat India tu terima orang India macam India Hindraf ni....Orang kat India pun malu tengok India Hindraf ni berperangai macam tu...aku salute kat kawan India aku sorang ni..kebetulan sama satu blok pejabat...dia pun kutuk sekutuknya tindakan Hindraf yang tak menghormati agama budaya dan adat resam masyarakat kat malaysia ni....Kepada Hindraf yang haram lu pk la sendiri tak semua orang India sokong engkau orang..Anwar tak tahu lah memang dia tu suka ambik kesempatan kat bangsa lain....LU PK LA SENDIRI

Wednesday, October 15, 2008

Harga Minyak Turun Lagi

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan di bawah Barisan Nasional kerana telah berusaha dan menunaikan janji kepada kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak yang mendadak sebelum ini.Tidak sampai 3 bulan kerajaan telah menurunkan lagi harga minyak di mana RON97 dari RM 2.45 seliter kepada RM 2.30 seliter,RON92 dari RM 2.30 seliter kepada RM 2.20 seliter dan Diesel RM 2.40 seliter kepada RM 2.20 seliter.Dengan penurunan harga minyak ini suka sangat saya nak sentuh bila lagi para pengeluar bahan mentah,penjual barang makanan mentah basah / kering dan peniaga-peniaga menurunkan harga ???...Pihak yang berwajib perlu melakukan tindakan yang segera kerana tidak ada manfaatnya harga minyak turun sekiranya harga makanan dipasaran masih pada harga yang AMAT membebankan rakyat....Fikir-fikirkan..........

lupklasendiri )

Tuesday, October 14, 2008

Sarawak Rugi hingga RM40 juta setiap tahun akibat kemasukan PATI

Kemasukan PATI ke Sarawak yang tidak membayar sebarang caj,levi, Visa telah mengakibatkan Sarawak rugi lebih kurang RM40 juta.Ini satu jumlah yang besar.Kadang-kadang tu kesian juga tengok pegawai-pegawai Imigresen ni,dah lah tak cukup kakitangan terpaksa pulak kerja lebih masa hanya kerana nak pastikan sempadan Sarawak ni tidak dibolosi oleh PATI .Sarawak adalah sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang keluasannya lebih kurang sebesar tanah semenanjung.Jadi kepada Kementerian yang bertanggungjawab kepada Jabatan Imigresen ni pandang-pandanglah dan lihat-lihatlah dan beri perhatian yang sewajarnya berkaitan dengan masalah kekurangan kakitangan Imigresen sehingga mengakibatkan kerajaan rugi.Cadangan untuk menambah pegawai penguatkuasa amat dialu-alukan.Pk pk kan bersama.......

lupklasendiri )

Jangan Menghasut Rakyat Sarawak

Terbaca dalam satu akhbar suara Keadilan edisi Jumaat 10 Oktober 2008 " Penderaan Wanita Penan,Wanita Keadilan kecam kementerian.Kaum Penan merupakan antara suku kaum yang terdapat di Sarawak Bumi Kenyalang.Majoriti penduduk Penan tinggal di kawasan Daerah Baram Miri,kawasan luar bandar di Sarawak.Keluasan kawasan ini lebih kurang 3 kali ganda keluasan Daerah Ampang di Selangor.Cuba bayangkan betapa besarnya kawasan ini.Mungkin ada yang tak tergambar betapa luasnya kawasan ni yang menempatkan majoritinya kaum Penan.Jadi tujuan saya bukan nak beritahu dengan lebih lanjut berapa ramai kaum Penan di Sarawak.Yang nak diberitahu adalah amaran keras kepada wanita Keadilan jangan bermain isu perkauman dan jangan cuba untuk menghasut dan memecahbelahkan perpaduan dan keamanan yang dinikmati di Sarawak.nak tahu.......Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Dr.Hj.Adbul Taib Mahmud adalah pemimpin kepada 28 suku kaum di Sarawak.Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai Suku kaum yang terbanyak di malaysia .bayangkan........dan yang penting perlu anda semua tahu tak kira Wanita Keadilan kah,wanita Pas kah Wanita DAP kah, dan semua rakyat Malaysia, Kesyukuran dipanjatkan Kehadrat ALLAH SWT limpahan rahmat dan perlindunganya Sarawak aman makmur,maju dan membangun dengan adanya kepimpinan yang bijak dan berwibawa sehingga mampu membawa Sarawak ke arah yang lebih maju seperti yang kita nikmati sekarang.....bukan kerana adanya tongkat sakti dan sebagainya....Ini adalah kerana kebijaksanaan,kewibawaan pemimpinan YAB Ketua Menteri Pehin Sri......

Sweet September

September berlalu kini Disember pula.Sudah-sudahlah anwar,satu malaya dah kena tipu jangan nak banyak berdalih pulak nak beritahu kat semua orang Disember ni pulak engkau orang nak tubuh kerajaan PR.Kalau dah ada nama ahli parlimen yang nak lompat parti tu tak perlu tunggu Disember esok pun boleh kalau dah kemaruk sangat nak jadi PM...aku tengok anwar ni dah jadi macam orang gila talak pun ada...ah...lu pk la sendiri anwar...

Friday, September 12, 2008

" Pembulak "

Kebelakangan ini kerap di war-warkan bahawa pakatan rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.Pencanangnya ialah DSAI yang dengan rasa bangga tidak habis-habis dan bilakah ada kesudahannya.Rakyat sekarang sudah muak dengan mainan pengarang cerita yang bakal menjadi box office dalam pasaran politik masa kini.Sekarang segalanya laku dijual.Akhbar,blog,email,dan bermacam lagi sumber yang boleh dijadikan maklumat sama yang sahih atau pun yang " pembulak "." Pembulak " adalah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk pengarang cerita Pakatan Rakyat Bakal Membentuk Kerajaan 16 September 2008 yang dikarang oleh DSAI dan kuncu-kuncunya."Pembulak" adalah dialek Sarawak iaitu PENIPU

Pejuang-Pejuang Sarawak

Pejuang-Pejuang Sarawak
Hargailah Kemerdekaan Negara.Jangan Biarkan Kita dijajah Semula..( dari Kiri : Ayahanda Tn.Hj. Baie,Ayahanda En.Kanang Ak. Langkau,Ayahanda Tn.Hj. Yusuf B. Hj. Merais )

Anak-Anak Merdeka/Pewaris Generasi Cemerlang,Gemilang,Terbilang / Gen. CGT

Anak-Anak Merdeka/Pewaris Generasi Cemerlang,Gemilang,Terbilang / Gen. CGT
Takkan Hilang Malaysia Dalam Peta Dunia.....( Dari kiri : xahyn,Esam,Apiz )

Pewaris Generasi 2020

Pewaris Generasi 2020
Esam...di Parlimen Malaysia masa pembentangan Mini Badget 2009

Esam bergambar dengan YB Senator Tan Sri Jins Samsudin...di Parlimen Malaysia

Astana Negeri Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak

Astana Negeri Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak
" sitok dolok tempat keluarga Brooke tinggal, kenek tok tempat ya dah jadi kediaman rasmi TYT Sarawak

Wira & Wirawati Sarawak

Wira & Wirawati Sarawak
Tanpa mereka siapalah kita....ju....!!!!!! sama-sama kita teruskan perjuangan demi Malaysia yang tercinta

Kacak Sik Sarawak.....

Kacak Sik Sarawak.....
" Pak Penambang carik rezeki di Sunge Sarawak dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang kacak...gambar tok diambik masa bersiar-siar pake bot kat sunge Sarawak

" Mencari Rezeki di Sungai Sarawak "

" Mencari Rezeki di Sungai Sarawak "
Antara nadi pengangkutan untuk menghubungkan penduduk di sepanjang sungai Sarawak...Perjuangan Pak Penambang untuk terus mempromosikan Sarawak kepada pelancong harus disokong

Uniknya Bumi Kenyalang

Uniknya Bumi Kenyalang
" sebahagian daripada tengkorak yang dipamerkan di rumah panjang Bidayuh Annah Rais Semenggoh

Kenangan Di Empangan Btg. Air

Kenangan Di Empangan Btg. Air
ju ....pegi ke Btg. Air....ZOOM IN......Hilton Btg.Air Resort

Kenangan Bersama YB Datuk Seri Hj.Shafiee Hj.Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah)

Kenangan Bersama YB Datuk Seri Hj.Shafiee Hj.Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah)
" Pemimpin yang taat pada Allah menzahirkan keperibadiannya yang tulus dan ikhlas "

Taat Dan Tawakal Kunci Kejayaan

Taat Dan Tawakal Kunci Kejayaan
" Ya Allah Ya Tuhan Kami....Hanya pada engkau kami bermohon..Lindungilah,agama,negara dan bangsa ku dari fitnah dan kerosakan ....Amin "

Dekat Di Hati.....

Dekat Di Hati.....
Ketua Pemuda PBB YB Tuan Hj. Fadillah Yusuf beramah mesra dan mendengar masalah bersama penduduk Kpg. Melayu lubok Antu Btg. Air

Pemimpin yang prihatin

Pemimpin yang prihatin
YB Tuan Hj. Fadillah Yusuf mendengar masalah dan rintihan penduduk Kpg. Melayu Lubok Antu.." mun dapat anak tok belajar di Pusat giat Mara...kelak kamek ngato...pastikannya sik tercicir pelajarannya..."

YB Tuan Hj. Fadillah (Ketua Pemuda PBB merangkap Pengerusi Pemuda BN Sarawak)

YB Tuan Hj. Fadillah (Ketua Pemuda PBB merangkap Pengerusi Pemuda BN Sarawak)
Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Pemuda / Wanita BN Sarawak PR Kecil DUN N.29 Btg. Ai 21 Mac 2009

" Bersama-Sama "

" Bersama-Sama "
YB Ketua Pemuda Tuan Hj. Fadillah Yusuf turun bersama-sama penyokong BN semasa Penamaan Calon di kompleks sukan Lubok Antu

Turun Padang......

Turun Padang......
" tok baruk YB kita...sanggup turun padang bersama-sama dengar masalah rakyat...

" InsyaAllah kamek akan polah sokongan untuk kitak dapat polah baikpulih rumah kitak...."

tok lah hasil didikan orang tua YB....walaupun jadi Tim.Menteri tapi sikap rendah diri,prihatin ngan mesra ya lah tetap jadi ingatan kita semua di Lubok Antu tok....YB kita makan bersama penduduk Kpg.Melayu lepas Solat Isya dan berkampung di Kpg. Melayu

" sidak Bank Rakyat dengan dak JAIS Sri Aman dah setuju polah gotong royong dengan kita di sitok...mun dapat kita pilih warna cat nak sesuai ke cat Masjid tok ..."

Bersama Pelajar dan Guru Di SK Ng. Kesit Lubok Antu

Bersama Pelajar dan Guru Di SK Ng. Kesit Lubok Antu
" YB Tn. Hj. Fadillah Yusuf (Tim.Menteri Sains Teknologi & Inovasi bersama YB Menteri Sains Teknologi & Inovasi Datuk Maximus Ongkili semasa pelancaran projek Pintar di SK Ng. Kesit..tok baruk canggih...sik da pake chalk gik dak cikgu ngajar...pake papan elektronik....

" tok lah hasil dari kemajuan yang kita nikmati...walaupun sekolah di kawasan luar bandar kerajaan kita melalui kementerian sik akan mengabaikan tanggungjawab untuk memajukan sistem pendidikan di kawasan luar bandar...

YB Datuk Seri Shafie Afdal ( Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah ) bersama YB Tn. Hj. Fadillah Yusuf ( Tim. Menteri Sains Teknologi & Inovasi ) bergambar kenangan ngan dak penduduk Kpg. Melayu....

Pemuda PBB Sarawak Bersama dengan Kelab Zodiex Comunity Sibu

Pemuda PBB Sarawak Bersama dengan Kelab Zodiex Comunity Sibu
Warga Emas dan Kurang Bernasib baik mendapat perhatian dari Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Zon 10 ( Pemuda PBB Sarawak Zon 10 serah 2 egek kerusi roda dgn warga emas yang kurang upaya & sumbangan beras kpd 50 orang warga emas )

Pemuda PBB Sarawak Bersama Para Remaja

Pemuda PBB Sarawak Bersama Para Remaja
Bersama membentuk Remaja yang Cemerlang,Gemilang,Terbilang

Zodiex Cmty Bersama Pemuda PBB Sarawak Zon 10

Zodiex Cmty Bersama Pemuda PBB Sarawak Zon 10
Sdr. Kamaluddin Effendie,Tim.Setiausaha Agong Pemuda PBB Sarawak melihat pameran Skuter di Dataran Bandar Sibu Fasa II

Pemuda PBB Sarawak Zon 10 Prihatin

Pemuda PBB Sarawak Zon 10 Prihatin
Pengerusi Pemuda PBB Sarawak Zon 10 memberitahu sesuatu kepada Herman " Pastikan dak ahli-ahli kitak mematuhi peraturan jalan raya"( dari kiri : Herman,Sdr. Kamaluddin Effendie/Tim.Setiausaha Agong Pemuda PBB sarawak )

Amalan Yang mulia

Amalan Yang mulia
Semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh jiran-jiran 30

Sibu Banjir oiii......

Sibu Banjir oiii......
Suasana banjir di Jalan Lanang Sibu pada waktu malam.Tok yang paling teruk...abis semua jalan di pasar tenggelam..

Banjir Di Sibu

Banjir Di Sibu
sik pernah sibu Banjir teruk macam tok gilak....macam ni nak polah dah hujan 3 hari turut2....

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Sarawak 14 Februari 09

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Sarawak 14 Februari 09
" banyak juak nak di atur oleh YB Ketua tok...ya semua untuk rakyat...jadi sama-samalah kita berdiri teguh dibelakang Ketua kita untuk pastikan semua nak dipolah dapat dilaksanakan dengan jayanya...

Muafakat Membawa Berkat

Muafakat Membawa Berkat
YB Tuan Hj. Fadillah Hj. Yusuf ( Ketua Pemuda PBB Sarawak )mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Pada 14 Februari 2009