Daulat Tuanku...Ampun Tuanku Beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun.Patik ingin merakamkan jutaan tahniah kepada semua ahli Majlis Raja-Raja atas kejayaan dan kesempurnaan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Istana Maziah Terengganu.Patik amat menyokong dan bersetuju atas beberapa perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut yang antaranya mengingatkan sekalian rakyat jangan mempertikaikan kontrak sosial yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.Selain dari itu juga ingatan dan pesanan Duli-Duli Tuanku berhubung dengan perlunya semua Rakyat Melayu mengukuhkan perpaduan dan kesatuan demi untuk menjamin keutuhan bangsa terus terbela.Segala persengketaan akan merugikan agama , bangsa dan negara.Patik dan sekalian rakyat akan terus berdiri teguh untuk terus mendokong agar kelangsungan Raja Berpelembagaan terus menjadi asas kepada pembentukan negara Malaysia yang berjaya,aman dan makmur di bawah kepimpinan Duli-Duli Tuanku.DAULAT TUANKU.....
lupklasendiri)
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME
8 years ago
No comments:
Post a Comment