Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Kewangan Sarawak pada Jumaat ini akan memberi penekanan dan tumpuan kepada pembangunan.70% peruntukan dalam bajet 2009 adalah untuk pelbagai pembangunan di seluruh negeri ini.Syabas atas keprihatinan kerajaan untuk memberi perhatian dan keutamaan untuk pembangunan.Rakyat Sarawak amat berharap agar bajet pada kali ini akan melimpah kesemua peringkat baik bandar mahupun luar bandar.Penduduk di luar bandar terutamanya amat berharap agar kemudahan asas dan infrastruktur akan disegerakan dan diberi perhatian.Keyakinan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan BN di bawah YAB Pehin Sri tidak berbelah bagi dengan memberi mandat yang besar kepada BN untuk menerajui Sarawak agar terus maju setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Limpahan bajet ini terutamanya untuk memperbaiki kemudahan di luar bandar amat diperlukan oleh rakyat luar bandar agar penduduk luar bandar tidak terlepas dari menikmati arus pembangunan dalam era globalisasi.Sekali lagi Syabas dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan untuk membela nasib rakyat Sarawak...Didoakan semoga YAB Pehin Sri terus diberi kekuatan dan perlindungan dari ALLAH SWT. Amin...
No comments:
Post a Comment