(Jenayah Di SMK Oya Dalat,Mukah,Sarawak)
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohamad Dom memberitahu semua guru adalah guru disiplin....Saya amat setuju dengan kenyataan ini.Kenyataan ini dinyatakan ekoran insiden Jenayah/Buli yang berlaku di SMK Oya Dalat Mukah ekoran 9 orang pelajar tingkatan 6 memukul seorang pelajar tingkatan 3.Adakah arahan daripada Datuk KP ini diikuti oleh para Guru?.Bagaimana pula jaminan keselamatan guru yang mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelajar yang bertindak seperti BINATANG?semua ini perlu difikirkan oleh semua pihak.Sama-samalah kita memberi pandangan demi untuk merealisasikan untuk melahirkan INSAN bukan BINATANG dalam sistem pendidikan negara.
2 comments:
Kes Buli yg berlaku diSMK Oya Dalat adalah satu perkara yang amat memalukan. Apa yang dikatakan oleh KP Pelajaran Malaysia memang betul. Tapi dari pandangan saya tidak wajar kita meletakkan kesalahan kpd guru semata-mata. Sy dapati guru-guru kita seolah-olah terikat tangannya dlm menangani kes disiplin, jika tindakan diambil agak keras mereka akan dihentam oleh pihak media tanpa pembelaan dari kementerian dan jabatan malah akan 'diserang' oleh ibubapa. Jika guru ambil tindakan kita salahkan guru, kalau ada masalah disiplin kita juga salahkan guru.Kalau kereta guru dirosakkan oleh pelajar tak ada siapa pun ambik tahu, kalau guru disaman oleh ibubapa semua pihak lepas tangan.Dalam mendidik kita tak boleh setakat mengunakan nasihat tapi perlu mengunakan denda juga, Dalam kes ini saya rasa semua pihak bersalah, dari Kementerian, jabatan, sekolah guru2, ibubapa, masyarakat dan juga media.
saya juga bersetuju dengan pandangan saudara,semua pihak harus memainkan peranan dalam menangani masalah disiplin dikalangan pelajar yang semakin menjadi-jadi.Belum lagi reda kes di SMK Oya Dalat timbul pula aduan kes buli di Trengganu.
Post a Comment